Wau juga dikenali sebagai layang-layang. Permainan ini digemari oleh penduduk kampung dan permainan ini telah dimainkan sejak kurun ke-15. Sehingga kini, wau masih diminati dan dimainkan oleh masyarakat setempat seperti di negeri-negeri pantai timur dan juga termasuk Kedah dan Perlis.
Wau telah dibuat melalui pelbagai bentuk dan mempunyai jenis-jenis tertentu contohnya seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak dan lain-lain. Walaubagaimanapun wau bulan merupakan wau yang paling diminati oleh masyarakat Melayu dan corak bermotifkan awan dengan pelbagai warna sering digunakan untuk menghiasi wau tersebut. Kini, wau juga telah digunakan sebagai barangan kraftangan dan menjadi hiasan dinding bagi peminat wau.
Cara Bermain
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu salah seorang daripada mereka akan memegang wau tersebut dan seorang lagi yang dipanggil sebagai juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik secara melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehingga wau tersebut terbang tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan membuat wau tersebut menjadi cantik, tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan
menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya
matahari akan menambah cantik lagi wau yang berwarna-warni itu.
No comments:
Post a Comment