Monday 3 February 2014

Anda semua ingat tak pada permainan galah panjang??

Galah Panjang
Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Gelanggang yang dibuat mengandungi dua jalur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain. Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain. Permainan ini melibatkan kepakaran seseorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal gelanggang. Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah.

Cara Bermain :

  • Gelanggang galah panjang dilakar di atas tanah yang lapang. Panjang dan lebar bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter.
  • Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggang dan siapa yang akan menempuh gelanggang.
  • Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak di atas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang.
  • Kumpulan menempuh gelanggang
  •  akan berkumpul di depan dan seterusnya ketua akan menyapa atau menyentuh tangan ketua pihak lawan. Seterusnya mereka berlari masuk ke dalam gelanggang.
  • Penjaga akan menjaga kawasannya agar pihak yang menempuh tidak dapat melepasi garisan yang dijaganya.
  • Penempuh akan menempuh sehingga melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.
  • Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir dan garisan permulaan dan permainan diteruskan sehingga ada permain ingin berhenti.


Video untuk tontonan semua...



Mesti ramai yang pernah main permainan tarik upih kan... Seronok,,terutama sekali orang yang ditarik.. Kan?? Hehehehe...

Tarik Upih
Tarik upih merupakan satu permainan kanak-kanak yang dimainkan oleh kanak-kanak di beberapa negara ASEAN. Upih pinang adalah pelepah daun pokok pinang. Lazimnya apabila pelepah ini tua, ia akan luruh atau jatuh ke tanah. Ketika pelepah ini jatuh ia masih berguna. Daun pinang dari pelepah itu akan dibuang dan dijadikan hulu atau tempat untuk menraik upih tersebut. Selain pelepah pinang, pelepah kelapa juga digunakan.
  
Cara Bermain
Permainan ini di main secara berkumpulan. Upih ini mesti dimainkan dengan dua orang atau lebih. seorang mesti menjadi tukang tarik dan seorang lagi duduk di atas upih. Upih ini boleh dinaiki oleh seorang atau lebih asalkan muat dan bergantung kepada saiz upih yang luruh itu. Biasanya muat setakat seorang dua sahaja. Pemain yang lebih tua/besar selalunya akan jadi penarik sementara yang kecil akan menjadi penunggangnya. 
Setiap ahli diwajibkan menarik setiap ahli kumpulan di mana peserta pertama akan menarik peserta kedua dari titik permulaan sehingga ke garisan penamat dan mereka akan bertukar peranan. Peserta kedua akan menarik peserta pertama ke garisan permulaan semula dan ini dianggap sebagai satu pusingan. Seterusnya, ahli kumpulan yang lain akan meneruskan permainan sehingga semua ahli telah melakukan aktiviti.





Macam seronok je main tarik-tarik ni.. Hehehe..

Yo-Yo Cina???

Permainan yo-yo cina adalah mainan dari China yang terdiri daripada dua cakera yang sama saiz disambungkan dengan gandar yang panjang. Satu gerakan mengangkat dan menjatuhkan dengan menggunakan dua batang kayu di mana setiap satu dipegang dengan satu tangan bagi membolehkan yo-yo berputar pada tali yang diikat di antara batang kayu.
Pada zaman moden, ia digunakan sebagai mainan kanak-kanak dan sebagai alat persembahan di sarkas dan juga terdapat dalam tarian Cina. Permainan ini boleh dimainkan dengan pelbagai gaya yang boleh menjadi semudah melontar yo-yo ke udara atau melambung di sekitar belakang pengguna. Yo-yo barat mengekalkan gerakan putaran melalui kesan berputar berdasarkan pemuliharaan momentum sudut.
Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dengan mengimbangi yo-yo daripada jatuh. Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Min sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi.


Cara Bermain : 

Yo-Yo Cina juga dikenali sebagai Diabolo memerlukan pemainnya memegang stik kayu yang diikat dengan tali nilon dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Fungsi stik kayu tersebut ialah sebagai alat untuk menggerakkan tali nilon mengikut cara yang dikehendaki. Pemain perlu mengimbangi yo-yo daripada terjatuh dan memutarkan daibolo dengan laju untuk melakukan pelbagai aksi yang mengagumkan. Diabolo yang ringan mudah digunakan tetapi putarannya mungkin hanya seketika. Kebanyakan pemain yang handal akan memilih dibolo yang berat untuk melakukan pelbagai aksi yang menarik. Diabolo mudah dipelajari tetapi mengambil masa panjang untuk mahir.





Mari kita cuba sesuatu yang baru... :)







Congkak buatan sendiri.


Aktiviti yang boleh dilakukan untuk aktiviti permainan congkak dengan membuat sendiri, mesti seronokkan. Buat dari botol besar dan sederhana. letakkan kotak untuk dijadikan tapak. buah boleh guna biji getah atau penutup botol. Jom cuba...




Video wau bulan


Video cara membuat wau bulan




Vidoe main gasing


Video cara main gasing





Wau



Wau juga dikenali sebagai layang-layang. Permainan ini digemari oleh penduduk kampung dan permainan ini telah dimainkan sejak kurun ke-15. Sehingga kini, wau masih diminati dan dimainkan oleh masyarakat setempat seperti di negeri-negeri pantai timur dan juga termasuk Kedah dan Perlis.
Wau telah dibuat melalui pelbagai bentuk dan mempunyai jenis-jenis tertentu contohnya seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak dan lain-lain. Walaubagaimanapun wau bulan merupakan wau yang paling diminati oleh masyarakat Melayu dan corak bermotifkan awan dengan pelbagai warna sering digunakan untuk menghiasi wau tersebut. Kini, wau juga telah digunakan sebagai barangan kraftangan dan menjadi hiasan dinding bagi peminat wau.
Cara Bermain
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu salah seorang daripada mereka akan memegang wau tersebut dan seorang lagi yang dipanggil sebagai juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik secara melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehingga wau tersebut terbang tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan membuat wau tersebut menjadi cantik, tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang berwarna-warni itu.


Sepak Raga







Permainan sepak raga telah dimainkan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Pada zaman tersebut
permainan ini hanya dimainkan oleh golongan bangsawan tetapi rakyat biasa juga amat menggemari permainan ini. Kini permainan sepak raga juga telah dikenali sebagai sepak takraw, permainan ini telah
'popular' di serata dunia dan diiktiraf dalam sukan kebangsaan. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilahan rotan yang dilentur dan dianyam bulat sebesar isi buah kelapa.

Cara Bermain
1. Sepak Mula (Servis)
Sepak mula adalah sepakan yang dilakukan oleh tekong ke arah lapangan lawan sebagai cara untuk memulakan permainan dan ini merupakan perkara penting dalam sepak raga kerana markah dapat dikutip jika pihak lawan tidak berjaya menyambut bola tersebut.
2. Smash
Smash adalah pukulan yang utama dalam penyerangan untuk mendapatkan kemenangan. Tujuan smash adalah untuk mendapatkan mata dan juga mematikan permainan lawan.
3. Block (Menahan)
Block atau menahan adalah gerak permainan untuk menghalang serangan dari pihak lawan untuk mendapatkan sepak mula (servis).

Gasing


Gasing.





Gasing terkenal di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat pelbgai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu. gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Kanak - kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dimainkan.

Cara Bermain Gasing


  • Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.
  • Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak - kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkn lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.
  • Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan. Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dengan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambunya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dn serentak dengan itu tali yang melilit jambunya direnggut.









Saturday 1 February 2014

Ting ting

Sekarang,, saya akan jelaskan tentang permainan tradisional ting-ting pula..


Ting Ting

Permainan ting ting yang juga dikenali sebagai permainan 'buat rumah batu', 'ketingting' dan 'ciak tingting' merupakan salah satu warisan kebudayaan Melayu yang masih popular hingga ke hari ini. Walaupun pengaruh permainan moden seperti 'video game' dan 'monopoli' memberi ancaman kuat kepada permainan tradisional, permainan ting ting masih menjadi aktiviti.

Ting ting merupakan sebuah permainan kanak-kanak yang bukan sahaja memberi hiburan, malah bermanfaat terhadap rohani dan jasmani seseorang pemain. Permainan ini yang dimainkan oleh kanak-kanak di seluruh dunia dengan istilah yang berbeza merupakan asas kepada acara lompat jauh yang bertaraf sukan antarabangsa. Skil melompat dalam permainan ting ting yang memberikan pengalaman dan latihan asa kepada pemain untuk menceburi sukan yang lebih tinggi kemahirannya.

Permainan ting ting tidak lenyap akibat arus permodenan ini telah diamalkan khususnya oleh masyarakat luar bandar yang masih memelihara warisan nenek moyang mereka. Di samping itu, informasi mengenai ting tingboleh didapati di mana sahaja termasuklah buku-buku, muzium dan internet. Melalui sumber-sumber tersebut masyarakat di serata dunia dapat mengetahui dan memahami ciri-ciri permainan ting ting dan sekaligus mengenali warisan kebudayaan masyarakat Melayu.

Cara Bermain :

Sebelum permainan dimulakan, pemain harus mengundi siapa yang akan pergi dahulu dan seterusnya. Kaedahnya ialah menggunakan lai lai li tam plong. 

Untuk memulakan permainan, pemain pertama harus mencampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak. Ini akan berlaku dengan sama untuk pemain yang lain. Jika gundu tidak dapat masuk ke dalam petak, giliran pemain itu dianggap mati dan pemain seterusnya yang akan mengambil alih.

Pemain dikehendaki melompat ke dalam petak-petak dengan menggunakan satu kaki sahaja, tetapi jika ada petak yang bersebelahan dengan petak yang lain, pemain harus melompat ke dalam petak tersebut dengan menggunakan kedua kaki mereka. 

Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, mereka harus memijak kaki kanan mereka ke petak kedua dan petak keempat dan dipijak oleh kaki kiri mereka. Setelah itu, pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga dengan menggunakan sebelah kaki dan seterusnya, gundu harus dikutip di petak pertama. Untuk menghabiskan giliran mereka, pemain harus melompat balik ke petak pertama dan terus ke garisan penamat. 




melompat dan mengira,, Ayuh bermain,, hehehe..










Congkak

Congkak 
Asal Usul
Congkak yang berasal daraipada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari.
Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab. Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Kanak-kanak di Kepulauan Carribean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama 'congklak', dan di Filipina ialah 'sungka'.
Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah.
Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia. Congkak begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman web di internet. Dalam laman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia. Terdapat juga permainan congkak dalam telefon bimbit hari ini.

Cara Bermain : 
Congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja pada sepanjang masa. Kedua-dua mereka akan berhadapan dengan satu sama lain, dengan papan congkak tersebut diletakkan di tengah. Mulanya, kedua-dua pemain akan mencapai semua biji yang terdapat di salah satu lubang yang berderetan di depan masing-masing. Setiap lubang mempunyai 7 biji pada waktu permulaannya, tetapi akan berbeza setelah permainan tersebut bermula.
Kemudian, genggaman biji itu dilepaskan satu demi satu pada setiap lubang, mengikut daerah ke kiri. Lubang besar yang terdapat di dua-dua hujung papan congkak itu dipanggil 'rumah'. Setiap pemain akan memilih 'rumah' mereka sebelum mula bermain. Sedang mereka melepaskan satu demi satu biji itu, mereka juga akan letakkan satu di rumah masin-masing.
Gerakan diteruskan sehingga biji yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam lubang yang kosong di kawasan sendiri atau pesaing dan pemain hendaklah berhenti. Pemain itu boleh menembak lubang lawan yang setentang dengan lubangnya iaitu mengaut kesemua biji (jika ada) di dalam kampung tersebut dan meletakkannya di 'rumah' mereka.
Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga kesemua bijinya sudah habis diletakkan. Sekiranya biji terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil biji yang masih ada di mana-mana deretan sendiri. Sekiranya biji yang terakhir itu jatuh di lubang kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. Kadangkala, apabila salah satu daripada pemain sudah pun kalah, yang 'pemenang' itu mengambil kesemua biji yang masih berada di semua lubang dan ia akan dimasukkan ke dalam 'rumahnya'. Pemenangnya adala dia yang telah mendapat lebih biji.
Papan Congkak :
Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu besar yan diukir seperti perahu. Di sebelah hujungnya diukir bentuk kepala pelbagai haiwn seperti burung manakala di bahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran Melayu. Lubang sebesar 9sm. Garis pusat 7sm dalam ditebuk atas permukaan papan tersebut. Sekiranya permainan congkak di tanah, lubang digali dan kemudian diletakkan tempurung kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah.
Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain yang disebut kampung. Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan dalam dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan buah congkak sama banyak.



Jom main congkak!!











Batu Seremban

Permainan tradisional. 

Bagi saya permainan tradisional adalah permainan rakyat yang dimainkan oleh mak,abah, opah dan datuk kita dahulu.Saya masih ingat lagi masa saya darjah satu, saya dan kawan - kawan mesti main batu seremban sebelum masuk kelas dan sebelum bas datang, kutip batu sudah boleh main....hehehe..
Sekarang sudah besar tidak ada kawan nak main,tetapi bila sesekali main gelak tawa mesti ada sebab kadang - kadang lupa cara main. Disini saya kongsi serba sedikit tentang permainan batu seremban...

Batu Seremban.

Batu Seremban juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. permainan ini gemar dimain oleh kanak - kanak perempuan. ia biasanya dimain secara berkumpulan - dua orang atau lebih. objek - objek seoerti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan - ketulan objek lain yang berbentuk bulat. objek - objek ini dikenali sebagai buah. Batu Seremban selalunya dimain pada waktu lapang di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata. Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan. Dalam permainan Batu Seremban terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Cara Bermain.

Buah Satu :


  • Kesemua buah hendaklah diselerakkan, berkeadaan semua buah tidak menyentuh satu sama lain.
  • Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.
  • Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.
  • Perlakuan begini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip.
Buah Dua :

  • Cara buah dua dimainkan sama seperti cara buah satu.
  • Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.
  • Ini bermakna, ibu akan dilambungsebanyak dua kali sahaja.
Buah Tiga :

  • Buah tiga ada sedikit perbezaan.
  • Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.
  • Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.

Buah Empat :

  • Buah ibu akan dilambung ke udara.
  • Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada di lantai dengan serentak.
Buah Lima :

  • Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.
  • Pemain harus melambung buah ibu ke udara dan mengutip keempat - empat biji buah diatas lantai dengan serentak.
  • Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara pada masa yang sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.
Buah Enam :

  • Pada peringkat yang ke - enam, terdapat sedikit perbezaan.
  • Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu.
  • Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.
Buah Tujuh :

  • Buah tujuh adalah urutan daripada enam buah.
  • Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak.
  • Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip.
  • Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua - dua belah tangan.
  • Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.
  • Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.





jom main bersama mengimbau kembali kenangan!!!