Saturday 1 February 2014

Batu Seremban

Permainan tradisional. 

Bagi saya permainan tradisional adalah permainan rakyat yang dimainkan oleh mak,abah, opah dan datuk kita dahulu.Saya masih ingat lagi masa saya darjah satu, saya dan kawan - kawan mesti main batu seremban sebelum masuk kelas dan sebelum bas datang, kutip batu sudah boleh main....hehehe..
Sekarang sudah besar tidak ada kawan nak main,tetapi bila sesekali main gelak tawa mesti ada sebab kadang - kadang lupa cara main. Disini saya kongsi serba sedikit tentang permainan batu seremban...

Batu Seremban.

Batu Seremban juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. permainan ini gemar dimain oleh kanak - kanak perempuan. ia biasanya dimain secara berkumpulan - dua orang atau lebih. objek - objek seoerti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan - ketulan objek lain yang berbentuk bulat. objek - objek ini dikenali sebagai buah. Batu Seremban selalunya dimain pada waktu lapang di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata. Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan. Dalam permainan Batu Seremban terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Cara Bermain.

Buah Satu :


  • Kesemua buah hendaklah diselerakkan, berkeadaan semua buah tidak menyentuh satu sama lain.
  • Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.
  • Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.
  • Perlakuan begini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip.
Buah Dua :

  • Cara buah dua dimainkan sama seperti cara buah satu.
  • Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.
  • Ini bermakna, ibu akan dilambungsebanyak dua kali sahaja.
Buah Tiga :

  • Buah tiga ada sedikit perbezaan.
  • Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.
  • Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.

Buah Empat :

  • Buah ibu akan dilambung ke udara.
  • Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada di lantai dengan serentak.
Buah Lima :

  • Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.
  • Pemain harus melambung buah ibu ke udara dan mengutip keempat - empat biji buah diatas lantai dengan serentak.
  • Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara pada masa yang sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.
Buah Enam :

  • Pada peringkat yang ke - enam, terdapat sedikit perbezaan.
  • Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu.
  • Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.
Buah Tujuh :

  • Buah tujuh adalah urutan daripada enam buah.
  • Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak.
  • Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip.
  • Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua - dua belah tangan.
  • Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.
  • Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.





jom main bersama mengimbau kembali kenangan!!!








No comments:

Post a Comment