Monday 3 February 2014

Anda semua ingat tak pada permainan galah panjang??

Galah Panjang
Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Gelanggang yang dibuat mengandungi dua jalur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain. Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain. Permainan ini melibatkan kepakaran seseorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal gelanggang. Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah.

Cara Bermain :

  • Gelanggang galah panjang dilakar di atas tanah yang lapang. Panjang dan lebar bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter.
  • Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggang dan siapa yang akan menempuh gelanggang.
  • Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak di atas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang.
  • Kumpulan menempuh gelanggang
  •  akan berkumpul di depan dan seterusnya ketua akan menyapa atau menyentuh tangan ketua pihak lawan. Seterusnya mereka berlari masuk ke dalam gelanggang.
  • Penjaga akan menjaga kawasannya agar pihak yang menempuh tidak dapat melepasi garisan yang dijaganya.
  • Penempuh akan menempuh sehingga melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.
  • Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir dan garisan permulaan dan permainan diteruskan sehingga ada permain ingin berhenti.


Video untuk tontonan semua...



1 comment:

  1. Bosen Dengan Kekalahan Penge Merasakan Kemenangan Besar Anda Di Agen Domino99 Atau BandarQ yang sudah menjadi sangat ramai orang mengenalnya hanya di sini yang bisa memberikan nya Bonus mearik dan kemudahan menang dengan mudah :
    HondaQQ
    GaleriQQ
    SahabatQQ

    Kunjungi Juga Blog Kami Di : SakongbandarQ

    ReplyDelete